RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
NAMA KELAS                        : PRASEKOLAH BESTARI
BILANGAN MURID              : 25 ORANG
TARIKH                                    :  25 April  2012
MASA                                      : 10.50 – 11.50 PAGI
TUNJANG                              : PFK- KREATIVITI DAN  ESTETIKA
TAJUK                                     : MENGHASILKAN KARYA MELALUI KAEDAH TIUPAN

FOKUS MI :
a)     MENYELESAIKAN MASALAH
b)     KECERGASAN FIZIKAL
c)     MUZIK
                                                             
KEMAHIRAN BERFIKIR  :
a)     MENGECAM
b)     MENGENALPASTI
c)     MEMBANDINGBEZA
d)     MENJANA IDEA
e)     PERKAITAN
STANDARD  PEMBELAJARAN  :
(KTI 1.2.11) Mereka corak bebas dengan menggabungjalinkan pelbagai             teknik membuat corak dan rekaan.


OBJEKTIF                       :  Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid
                                            dapat:
a)     Mempamerkan karya yang baik dan kemas.
b)     Menunjukkan kreativiti sendiri. 

PENGETAHUAN SEDIA ADA  : 
a)     Murid-murid pernah melihat straw dan warna air.
b)     Murid –murid pernah meniup angin atau air.

PENERAPAN NILAI  :
a)     Berusaha
b)     Bekerjasama
c)     Cermat
d)     Berhati-hati

BAHAN BANTU MENGAJAR   : 
a)     Straw
b)     Warna air
c)     Berus cat
d)     Kertas
e)     Bekas cat

PENGGABUNGJALINAN             :
a)     Kreativiti
b)     Kemahiran berfikir
c)     Fizikal




SET INDUKSI  ( 5 minit )
a)     Guru menyanyikan lagu ‘Tanya sama pokok’ sambil melakukan gerakan.


b)     Murid-murid menyanyikan lagu sambil melakukan gerakan.

LANGKAH 1  ( 5 Minit )
a)     Guru menunjukkan bahan-bahan untuk  menghasilkan karya  seperti cat air, berus, straw dan kertas. 


b)     Guru menunjukkan contoh karya yang telah dihasilkan.
c)     Guru menunjukkan cara untuk meniup cat air.

LANGKAH 2 (15 Minit )
a)      Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
b)     Murid duduk di dalam kumpulan.
c)     Guru membahagikan cat air, berus dan kertas.
d)     Murid mula meniup cat air dengan straw.





PENUTUP ( 5 Minit )
a)     Guru menunjukkan hasil kerja terbaik murid.
b)     Murid mempamerkan hasil kerja masing-masing.



0 comments:

Login

Pelawat kami!!!

Powered by Blogger.

Saya rasa blog ini...

Tema Kami

PRA SEKOLAH KESAYANGANKU

kanak-kanak pintar!

kanak-kanak pintar!