RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
NAMA KELAS                        : PRASEKOLAH BESTARI
BILANGAN MURID              : 25 ORANG
TARIKH                                    :  26 April  2012
MASA                                      : 9.00- 10.00 PAGI
TUNJANG                               : SAINS TEKNOLOGI ( SAINS )
FOKUS MI                                : MENYELESAIKAN MASALAH
                                                       KECERGASAN FIZIKAL                                 
KEMAHIRAN BERFIKIR             : 
a)     MENGECAM
b)     MENGENALPASTI
c)     MEMBANDINGBEZA
d)     MENJANA IDEA
STANDARD  PEMBELAJARAN            :
a)     ST 2.3.1 Membanding dan mengumpulkan objek-objek mengikut  satu ciri :-
-          Warna
-          Bentuk
OBJEKTIF                    :  Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
a)     Mengenal  empat warna dengan betul
b)     Menyebut empat warna dengan betul
c)      Memadankan warna yang sama dengan betul


PENGETAHUAN SEDIA ADA  : 
a)     Murid-murid pernah melihat warna-warna yang ditunjukkan
PENERAPAN NILAI             : 
a)     Berani mencuba
b)     Berhati-hati
c)     Bekerjasama
d)     Yakin.
BAHAN BANTU MENGAJAR   : 
a)     Kertas warna
b)     Kad warna
c)     Gula-gula warna,
d)     Dadu warna
e)     Papan straw warna.
PENGGABUNGJALINAN         :
a)     Pranombor
b)     Muzik
c)      Fizikal.
d)     Bahasa
SET INDUKSI  ( 5 minit )
a)     Guru berteka teki  dengan murid  warna bulatan di kotak dadu.

b)     Murid menyebut pelbagai nama warna.
c)     Guru melambung kotak dadu warna dan murid menyebut nama warna yang jatuh.





LANGKAH 1  ( 20 Minit )
a)     Murid-murid diminta membuat barisan.


b)     Guru membentuk 3 stesen.

c)     Murid pertama melangkah ke stesen pertama dan melambung kotak dadu
warna.

d)     Murid akan  melihat dan menyebut warna yang tertera di kotak dadu 
 warna.



e)     Murid berjalan ke stesen kedua dan mengambil kertas warna yang sama di kotak dadu warna  di dalam kotak yang disediakan.


f)       Murid melangkah ke stesen ketiga dan memasukkan kertas warna yang sama ke dalam lubang straw yang disediakan.


g)     Murid menyebut kembali bentuk warna yang telah dimasukkan.


h)     Murid yang telah selesai akan beratur dibelakang murid lain.







LANGKAH 2 ( 15 Minit )
a)     Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.

b)     Murid diberi batu dan  kertas warna mengikut kumpulan.

 
c)     Guru menunjukkan cara untuk membungkus batu menjadi gula-gula.




d)     Murid-murid membungkus batu menjadi gula-gula mengikut warna.



e)     Murid-murid memasukkan gula-gula ke dalam botol.


f)       Murid-murid menyebut nama warna gula-gula yang telah dibungkus.

 
LANGKAH 3 ( 15 Minit )
a)     Guru  menunjukkan kembali kad warna dan menyoal murid-murid.

b)     Guru memberikan lembaran kerja kepada murid-murid.

c)     Murid-murid mewarnakan bentuk bulat mengikut nombor yang telah disediakan.




PENUTUP ( 5 Minit )
a)     Guru menyoal  kembali murid-murid yang menghantar lembaran kerja.
b)     Murid menyebut nama warna  mengikut nombor.



0 comments:

Login

Pelawat kami!!!

Powered by Blogger.

Saya rasa blog ini...

Tema Kami

PRA SEKOLAH KESAYANGANKU

kanak-kanak pintar!

kanak-kanak pintar!